SELAMAT DATANG KE BLOG YAN MICHIKO

Friday 19 May 2017

HUTAN LIPUR SUNGAI BANTANG, BEKOK, JOHOR

Assalamualaikum, hai.
Harini ni nak buat review pasal Hutan Lipur Sg Bantang ni..
Minggu lepas hari khamis kami dah planned nak g mandi2 sungai.
Jadi pilih lah tempat ni. Semua orang baru first time pergi, jadi kene google lah tempat dia ni supaya xsesat.

Air terjun Sungai Bantang dengan bandar Segamat lebih kurang 64km dan 8km dari Pekan Bekok.
Pekan terdekat Chaah. Kalau dari UTHM ni dalam sejam 15minit jugak nak sampai Bekok ni.
Kalau xtahu jalan, boleh pakai navigator atau waze ke pape lah. tapi mase aku pergi, aku pakai google maps je. xpernah lak sesat setakat ni. kecuali kalau kau salah tengok map, memang sesat la cite die.

Okay, kalau korang dari utara ke selatan ke boleh ikot Highway PLUS, exit Yong Peng ok. nanti akan lalu Yong Peng dulu, pastu Chaah. Simpang ke hutan lipur ni kene tengok betul2 k sebab kiri kanan sume pokok sawit. So alert and tengok signboard selalu.

Bila dah masuk simpang dari kelapa sawit tu, akan lalu pulak kat kampung2. Xingat nama ape kampung tu. Jauh jugak lah dari simpang besar tadi. Pastu sampai simpang 3 kat pekan kampung tu, masuk kiri dan teruskan perjalanan. Yang ni memang kena tengok maps betul sebab takot terlajak nak masuk simpang ke hutan lipur. Simpang dia kecik je sebelah kiri, jadi macam xperasan sangat sebab sign board pon macam terlindung sikit. dah masuk simpang nanti baru akan ada pintu gerbang tulis selamat datang ke Hutan Lipur Sungai Bantang. terus je sampai ke dalam. AMARAN: jalan berbukit sikit, agak sunyi dan satu lorong je. So, hati2 ok.

Sampai je kat parking tu, letak kereta situ dan jalan sikit untuk ke sungai. Kat sini sume free je k xpayah bayar apa2. Kedai ade jual pelampung je. Tapi masa aku pergi, kedai sume tutup. Kedai makanan xde. Jadi, siap2 bawak bekal makanan dan minuman korang dari rumah ok.

Keadaan sungai dia xdalam pon, cetek dan berbatu sikit. sesuai lah untuk kanak dan semua golongan. Tandas ok. Tempat salin pakaian pon ade. Jadi kemudahan lengkap lah. Surau aku xpasti sebab kitorang mandi dekat bahagian bawah je. Xnaik  atas sebab masa tu xramai sangat orang. Pondok nak berkelah pon ade. Kalau nak berkhemah boleh, tapi kene bagitahu renjer hutan dekat situ dulu ok. Jangan sesuka hati je nak pegi berkhemah. jap g apa2 jadi, susah.

Ni ade sikit gambar untuk tatapan korang.





footnote:Nice place for relaxing your mind. Kalau stress kerja ke belajar ke datang lah tempat2 macam ni untuk tenangkan fikiran korang k. Sekian.
Sa..Sa..Saye Suke Awak!

Friday 28 April 2017

Friday

Assalamualaikum. Salam Jumaat kawan-kawan sekalian.
Minggu ni dah minggu ke-10. rase kejap je mase berlalu. baru je rasa minggu mhs haritu.


Sa..Sa..Saye Suke Awak!

Thursday 23 March 2017

Selesai 3 Paper

hai assalamualaikum and good morning guys.
Semalam dah exam math. abis je rase lega gila. sebab nye entah lah. maybe xcukup tidur kot sebab asyik study (study lah sangat). hehe. Fizik pon dah haritu, jadi tinggal paper Kimia dan Statik je lagi. perghh tahu ape. Study balik kimia dan fizik yang last belajar mase form 4 dan form 5 dulu. agak2 ape jadi ngan otak? meleleh keluar rase nye. sebab dah beku sangat. Fizik boleh lagi lah sebab mase kat poli dulu ade belajar jugak. yang part kimia tu,, fuhh kene usaha lebih lah nampaknye. 7tahun dah tinggaklan subjek tu dengan keputusan D. hahaha.

tapi sekarang lain dah. suasana lebih praktikal lah. kalau dulu slalu belajar main2 je sebab masih budak2 lagi, xtahu ape. sekarang NO. boleh pikir dah mana baik mana buruk. So, wish me luck for the next paper okat. lepastu boleh balik cuti midsem dah. yeay!
Sa..Sa..Saye Suke Awak!

sume yg ade kat sini haiwan belaan den.. jgn amek!!